Friday, 3 June 2016

Petua kecantikan Wanita Madinah





سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الحمد لله ربّ العالمين

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selamat sejathera buat para pengunjung yang dihormati,

Kami ingin berkongsi petua wanita Madinah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita yang diberi oleh pakar sakit puan yang pernah bekerja di Saudi. Di mana proses pemulihan mereka selepas bersalin amat cepat.

Di samping dengan mengamalkan dapat pahala kerana makanan sunnah dan ikut nabi serta juga dapat khasiat.

=======================
8 Langkah Petua Kecantikan
=======================

Secara ringkasannya,

[1] Bangun tidur minum sikit-sikit air suam 1 suku botol air 500ml untuk kecergasan akal dan buang semua benda yang tidak baik dalam badan kerana semasa tidur berlaku macam-macam proses.

Sambil minum amalkan membaca doa ketika minum air zam-zam.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ.

Maksudnya ;
Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit

[2] Makan minyak zaitun satu sudu besar atau kecil ikut saiz badan.

[3] Minum dua sudu besar pati delima.

[4] Amik air suam + satu sudu besar madu + satu sudu kecil minyak habbatus sauda + satu sudu kecil minyak kelapa dara + beberapa helai Za'faran supaya tidak mudah lupa. Kacau campuran tersebut, baca selawat dan minum.

[5] Kemudian, rehatkan perut selama 1 1/2 jam dan 2 jam sebelum makan.

[6] Selepas makan makanan berat, minum skit khal (cuka kurma) untuk kuarkan benda tidak baik yang kita makan tadi sebagai bahan buangan.

[7] Jadikan kulit kayu manis (Yang tulen dari padang, Indonesia) sebagai snek apabila letih dan pening.

[8] Mengamalkan pengambilan Kacip Fatimah untuk menjaga kekuatan tubuh badan, kesegaran, melambatkan penuaan, angin-angin, sakit urat, sakit tulang dan yang melibatkan sistem peranakan wanita.

Semoga pengkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan diberkati oleh-Nya.

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

Sumber : Ustazah Norhafizah Musa

Terima Kasih.

Ikhlas Dari,
Tim WK
-For the lovely heart-
Kepakaran kami adalah untuk membantu para ibu tersenyum bahagia tatkala memiliki baju main dan baju tidur bayi yang comel dengan cara yang mudah, mesra, cepat dan pastinya berbaloi.
http://wajdikindred.blogspot.com/
https://www.facebook.com/Wajdi.Kindred

WAJDI KINDRED : LOVE . FUN . PRECIOUS . PASSION . FAMILY

No comments:

Post a Comment