Friday, 5 June 2015

Nugget Ayam Homemade

NUGET AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan :
200 gm daging ayam kisar
2 butir telur - ambil putih sahaja
1 sudu kecil serbuk kari
100 gm serbuk roti
½ labu bawang besar - cencang
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa ayam - jika suka
Sedikit minyak masak
Cara-cara menyediakannya :
1. Satukan daging ayam kisar dengan putih telur.
2. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah.
3. Akhir sekali campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati.
4. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan dibentuk mengikut kesukaan anda.
5. Apabila hendak dinikmati, goreng nuget sehingga kekuningan.
*** Sebaiknya nuget disimpan dalam peti sejuk beku sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dimasak agar ia mengeras dan terbentuk dengan elok.
SELAMAT MENCUBA!!
JOM LIKE DAN KOMEN 'SY SHARE' UNTUK ANEKA RESEPI MUDAH!!

Credit to FB page Resepi Mudah 

No comments:

Post a Comment