Friday, 30 May 2014

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI

سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الحمد لله ربّ العالمين
Salam Jumaat yang barokah kepada semua para muslimin dan muslimat yang kami hormati.
"Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.”
(HR. Abu Dawud)
"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ".
(HR. Al Baihaqi)


Pengkongsian kami pada kali ini adalah berkaitan dengan kelebihan & keistimewaan selawat nabi yang ada dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah Al-Ahzab; Ayat 56)
“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ”
(Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)
Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar.
Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.
Semoga kita diberi kelapangan kepada Allah S.W.T untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semoga pengkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan diberkati oleh-Nya.
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

Terima Kasih.
Ikhlas Dari,
Tim WK
-For the lovely heart-
Kepakaran kami adalah untuk membantu para ibu tersenyum bahagia tatkala memiliki baju main dan baju tidur bayi yang comel dengan cara yang mudah, mesra, cepat dan pastinya berbaloi.
http://wajdikindred.blogspot.com/
https://www.facebook.com/Wajdi.Kindred

WAJDI KINDRED : LOVE . FUN . PRECIOUS . PASSION . FAMILY

No comments:

Post a Comment