Wednesday, 1 January 2014

Nota-nota Impian 2014 dalam botol kaca

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam sejathera kepada semua para pelanggan kami yang kami sayangi!

Idea yang hebat untuk pada tahun 2014 ini.

Dapatkan botol kaca. Setiap kali terlintas sesuatu sama ada impian atau matlamat yang anda hendak capai untuk tahun 2014, tuliskan dalam satu nota kecil dan masukkan dalam botol kaca.

Tujuannya supaya anda sentiasa merujuk kembali semua impian ataupun matlamat anda untuk tahun ini dari semasa ke semasa. Ini akan membuatkan anda lebih semangat dan tahu hala tuju anda pada tahun ini.

Semoga di akhir tahun 2014 nanti, apabila anda membuka kembali botol kaca ini, anda akan tersenyum melihat nota-nota impian anda sudah menjadi kenyataan. In syaa Allah.

Jualan WK kami masih lagi berlangsung, dan akan berakhir pada 11.59 Malam ini, 1hb Januari, 2014.

Selamat Tahun Baru 2014!!!

Semoga anda dapat merealisasikan semua impian/matlamat untuk tahun 2014 ini.

Semoga ianya bermanfaat dan diberkati oleh-Nya.

Terima kasih atas sokongan anda.

 Tim WK 

Source : Brian Tracy




No comments:

Post a Comment