Tuesday, 14 January 2014

Amalan sunnah Rasulullah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Selamat menyambut Maulidur Rasul!

Semoga kita sentiasa memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi dan mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian kita kerana Rasulullah merupakan idola yang terbaik untuk kita.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku"
(Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah s.w.t :
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).”
(Surah Al-Ahzab Ayat ke-21)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa Menghidupkan Sunnahku Maka Ia Telah Mencintaiku Dan Barangsiapa Mencintaiku Maka Dia Akan Bersamaku di Syurga."
(Hadis Riwayat Thabaroni)

Semoga bermanfaat dan diberkati oleh-Nya.

 Tim WK 




No comments:

Post a Comment